Showing posts with label muslimah. Show all posts
Showing posts with label muslimah. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

wanita, lelaki & pernikahan



kenapa setiap wanita rindukan pernikahan?
sebabnya, dia paling mudah mendapatkan syurga melalui suaminya
wanita sering dikatakan cepat matang berbanding lelaki
dan saya sendiri sangat setuju dengan perkara ini.
mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa wanita mengambil serius dalam setiap perhubungan mereka
dan sering berfikir jauh sehingga ke jinjang pelamin.
berlainan bagi lelaki yang selalunya bercinta dengan pasangan  hanya kerana mahukan teman supaya tidak kesunyian
sebab itulah apabila berjauhan, lelaki mudah mencari pengganti
dan mereka jarang sekali berfikir jauh seperti wanita yang inginkan perhubungan tersebut kekal sehingga ke alam perkahwinan
mungkin kebanyakan lelaki akan mengambil mudah hal ini tetapi wanita sangat mementingkan cintanya
jadi bagi pandangan saya, sekiranya anda benar-benar menyukai seseorang, berusahalah untuk setia dan mempertahankan cinta anda
dan sekiranya anda berpasangan bukan dengan niat untuk mengahwininya, lepaskanlah secepat mungkin dan dengan sebaiknya
kerana apabila hubungan itu sudah terlalu lama, lukanya juga terlalu dalam untuk diubati
usahlah kita menghancurkan hati seseorang kerana kita pasti mendapat balasan atas perbuatan tersebut
jangan mainkan hati dan perasaan orang lain
kita tak ada hak meragut kegembiraan sekeping hati yang suci
hati wanita tersangatlah lembut
usahlah kau berbangga sekiranya kau pernah melukakan sekeping hati hawa
dan wahai lelaki, janganlah kau memberi harapan kepada seorang wanita dengan perlakuan mu
kerana lambat laun hatinya pasti kan tersentuh
dan apabila mengetahui yang kau tidak ada perasaan pun kepadanya
hancur luluh hatinya
jadi usahlah kau siksa wanita dengan kata-kata manismu jika hempedu yang bakal kau hadiahkan di penghujungnya..

Sunday, December 4, 2011

wanita menanti, lelaki mencari


setiap hati-hati kita sudah pastinya mendambakan kasih sayang dari seseorang
alangkah indahnya hidup apabila memiliki seseorang yang menyayangi diri ini
mengambil berat tentang kesihatan diri, mengambil tahu tentang aktiviti harian
dan menyanyangi serta menerima diri seadanya dengan sepenuh hatinya
akan tetapi ada batas-batasnya untuk kita memikirkan hal sebegitu
kerana sebelum kita menikah
Allah menyuruh kita menjaga hati kita
kerana Dia sudah pun menetapkan jodoh setiap hambaNya
sama ada jodoh kita ada dunia ini ataupun di akhirat sana, wallahualam..
tentang itu, hanya Allah yang Maha Mengetahui
maka tugas kita ialah berdoa supaya dijodohkan dengan orang yang baik
yang mampu membimbing kita supaya lebih mencintai Dia, Si Pencipta kita
setelah kita dinikahkan, limpahkanlah kasih sayang mu sepenuhnya kepada pasanganmu
pasti hidup mu lebih bererti dan diberkati hidup dibawah keredhaan Allah dan jauh dari maksiat dunia
maka wahai wanita, usah kau risau dan tidak tenang memikirkan tiada yang mencuba menawan hatimu
apa yang lebih penting, kau jagalah hatimu sebaik mungkin untuk diserahkan kepada bakal suamimu kelak
sudah pasti dia lebih berhak memiliki sepenuhnya kasih sayang darimu
tanpa merasa dia cuma menerima sisa-sisa cinta mu
kerana kau telah pun mencurahkan kasih sayang mu kepada bekas pasanganmu
dan wahai lelaki, usahlah kau siksa hati wanita dengan memberikan janji-janji manismu
sekiranya kau benar mahu menyunting wanita itu sebagai isterimu
lebih baik bagimu untuk terus masuk meminangya
tetapi sekiranya kau tidak mampu, maka berdoalah kepada Allah
nescaya Dia akan membantumu dan memudahkan urusanmu..
wahai wanita dan lelaki, persiapkanlah dirimu sebaik mungkin sebelum berkahwin 
kerana hidup berumahtangga itu banyak cabarannya
dan yang paling penting, berdoalah kepadaNya
serahkan hati kita kepadaNya
nescaya Dia tidak mungkin mengecewakan kita

aku kan setia menanti mu wahai calon suamiku
biarpun cepat, biarpun lambat.
dan aku berharap kau juga takkan letih mencariku
kau carilah Dia, berdampinglah denganNya, 
pasti kita kan bertemu keranaNya
setiap hari aku berdoa kepada Allah
"Ya Allah Ya Tuhanku
Kau kurniakan lah aku pasangan hidup yang soleh
yang dapat menerimaku seadanya
yang menyayangiku
yang mencintaku kerana dia mencintaiMu
yang setia
yang jujur
yang ikhlas
yang bertanggungjawab
yang berjaya di dunia dan di akhirat
dan mampu membimbingku di dalam ilmu agama Islam
Kau permudahkanlah urusan jodohku Ya Allah
sekiranya apa yang aku sukakan itu adalah jodohku dan akan membawa kebaikan kepada diriku
maka kau tetapkanlah hatiku padanya
tetapi sekiranya dia bukanlah jodohku dan akan membawa keburukan kepada diriku,
maka kau matikanlah perasaanku terhadapnya
sesungguhnya Kau Maha Mengetahui Ya Allah."

Kau jagalah hatiku sepenuhnya untuk diserahkan kepada suamiku kelak
aku hambamu yang lemah yang banyak melakukan dosa
selalu tertanya-tanya tentang jodohku apabila melihat ramai kawan-kawan yang sudah mempunyai pasangan
padahal Kau sudah menetapkan yang terbaik buat hambamu sejak di luh mahfuz lagi
maka kau tingkatkanlah kesabaran diriku Ya Allah
sesungguhnya Ya Allah, aku mengharapkan yang terbaik buat jodohku
maka Kau makbulkanlah doaku Ya Allah..
amin, amin
amin ya rabbal alamin..

Friday, December 2, 2011

lelaki comel & wanita comel



a good guy is the guy who can guide woman through His right path
a cute guy is  the guy who wears baju Melayu and on his way going to mosque
a sweet guy is the guy who always speak with low intonations and with humbly
a romantic guy is the guy who recites do'a everyday
a charming guy is the guy who always remind his woman about our deeds to Allah

a cute woman = woman who covers their aurah perfectly
a sweet woman = woman who keep quiet around ajnabi mans
a romantic woman = woman who pleased the love from Allah
a charming woman = woman who always remind her guy about Allah's love

Wednesday, November 30, 2011

proud Muslimah MyEm0.Com


let us praised Allah for making us Muslim
ALHAMDULILLAH :)
this is one of a bless for us to be born as a Muslim in this world~
to be rewarded with Islam as our religious since we were even in our mother's tummy
wonderful!
alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah..