Sunday, December 4, 2011

wanita menanti, lelaki mencari


setiap hati-hati kita sudah pastinya mendambakan kasih sayang dari seseorang
alangkah indahnya hidup apabila memiliki seseorang yang menyayangi diri ini
mengambil berat tentang kesihatan diri, mengambil tahu tentang aktiviti harian
dan menyanyangi serta menerima diri seadanya dengan sepenuh hatinya
akan tetapi ada batas-batasnya untuk kita memikirkan hal sebegitu
kerana sebelum kita menikah
Allah menyuruh kita menjaga hati kita
kerana Dia sudah pun menetapkan jodoh setiap hambaNya
sama ada jodoh kita ada dunia ini ataupun di akhirat sana, wallahualam..
tentang itu, hanya Allah yang Maha Mengetahui
maka tugas kita ialah berdoa supaya dijodohkan dengan orang yang baik
yang mampu membimbing kita supaya lebih mencintai Dia, Si Pencipta kita
setelah kita dinikahkan, limpahkanlah kasih sayang mu sepenuhnya kepada pasanganmu
pasti hidup mu lebih bererti dan diberkati hidup dibawah keredhaan Allah dan jauh dari maksiat dunia
maka wahai wanita, usah kau risau dan tidak tenang memikirkan tiada yang mencuba menawan hatimu
apa yang lebih penting, kau jagalah hatimu sebaik mungkin untuk diserahkan kepada bakal suamimu kelak
sudah pasti dia lebih berhak memiliki sepenuhnya kasih sayang darimu
tanpa merasa dia cuma menerima sisa-sisa cinta mu
kerana kau telah pun mencurahkan kasih sayang mu kepada bekas pasanganmu
dan wahai lelaki, usahlah kau siksa hati wanita dengan memberikan janji-janji manismu
sekiranya kau benar mahu menyunting wanita itu sebagai isterimu
lebih baik bagimu untuk terus masuk meminangya
tetapi sekiranya kau tidak mampu, maka berdoalah kepada Allah
nescaya Dia akan membantumu dan memudahkan urusanmu..
wahai wanita dan lelaki, persiapkanlah dirimu sebaik mungkin sebelum berkahwin 
kerana hidup berumahtangga itu banyak cabarannya
dan yang paling penting, berdoalah kepadaNya
serahkan hati kita kepadaNya
nescaya Dia tidak mungkin mengecewakan kita

aku kan setia menanti mu wahai calon suamiku
biarpun cepat, biarpun lambat.
dan aku berharap kau juga takkan letih mencariku
kau carilah Dia, berdampinglah denganNya, 
pasti kita kan bertemu keranaNya
setiap hari aku berdoa kepada Allah
"Ya Allah Ya Tuhanku
Kau kurniakan lah aku pasangan hidup yang soleh
yang dapat menerimaku seadanya
yang menyayangiku
yang mencintaku kerana dia mencintaiMu
yang setia
yang jujur
yang ikhlas
yang bertanggungjawab
yang berjaya di dunia dan di akhirat
dan mampu membimbingku di dalam ilmu agama Islam
Kau permudahkanlah urusan jodohku Ya Allah
sekiranya apa yang aku sukakan itu adalah jodohku dan akan membawa kebaikan kepada diriku
maka kau tetapkanlah hatiku padanya
tetapi sekiranya dia bukanlah jodohku dan akan membawa keburukan kepada diriku,
maka kau matikanlah perasaanku terhadapnya
sesungguhnya Kau Maha Mengetahui Ya Allah."

Kau jagalah hatiku sepenuhnya untuk diserahkan kepada suamiku kelak
aku hambamu yang lemah yang banyak melakukan dosa
selalu tertanya-tanya tentang jodohku apabila melihat ramai kawan-kawan yang sudah mempunyai pasangan
padahal Kau sudah menetapkan yang terbaik buat hambamu sejak di luh mahfuz lagi
maka kau tingkatkanlah kesabaran diriku Ya Allah
sesungguhnya Ya Allah, aku mengharapkan yang terbaik buat jodohku
maka Kau makbulkanlah doaku Ya Allah..
amin, amin
amin ya rabbal alamin..

No comments:

Post a Comment